Tuesday, January 23, 2018

ANGIN AHMAR


Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari
rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:
Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....
Artinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.


Wednesday, January 17, 2018

DIGANGGU JIN

👿 TANDA-TANDA DIGANGGU JIN 👿

1. Kerap Jatuh sakit atau Demam & lambat untuk sembuh meskipun telah mengambil banyak ubat-ubatan dari Hospital & Klinik. Pemeriksaan Doktor juga menunjukkan tiada sebarang ketidak normalan atau penyakit.

2. Sentiasa berasa panas dibahagian kepala tetapi apabila diperiksa suhu tubuh badan adalah Normal.

3. Perubahan suhu badan yang tidak sekata dimana hanya bahagian tubuh badan tertentu sahaja yang berasa panas atau sangat sejuk manakala bahagian tubuh badan yang lain berada dalam keadaan suhu yang Normal.

4. Anak sering tersentak atau terkejut sewaktu sedang nyenyak tidur. Ada juga yang kelihatan seperti kaki kanak-kanak tersebut ditarik-tarik.

5. Mata anak berkedip-kedip sewaktu tidur. Adakala anak matanya bergerak pantas & meliar memandang sekeliling atau matanya terbuka luas & merenung anda atau sesuatu seolah-olah dengan penuh khusyuk seperti dalam keadaan sedar atau jaga.

6. Gigi anak berlaga dibahagian atas & bawah sewaktu sedang tidur sehingga kedengaran bunyi geseran gigi tersebut.

7. Anak sering mengigau, meracau, menangis seaktu tidur & adakalanya terjaga seperti dikejutkan sewaktu sedang tidur.

8. Anak sering menangis pada waktu malam tanpa sebarang sebab bahkan setelah diberikan susu pun masih menangis.

9. Anak kelihatan seperti mengunyah sesuatu terutama ketika baru sahaja tertidur.

10. Anak sering mengamuk seperti dirasuk sehingga bertindak ganas terhadap apa sahaja yang ada disekelilingnya

11. Anak tidak mendengar kata & suka melawan bahkan sukar untuk disuruh ke arah perkara kebaikan seperti solat & mengaji.

12. Anak sering ketakutan & menjadi penakut tanpa alasan yang munasabah.

✅ IKHTIAR kesembuhan di Pusat Rawatan Islam Terapi Al Mujahid
➡ rawatanislam.my

📲 Ust Shamsul 019-3687297
📲 http://www.wasap.my/60193687297

#terapialmujahid #perubatanviral
#rawatanislam #bekamlelaki #bekamwanita #akupuntur
#urutantradisional #alfasdu
#rawatankerumah #RuqyahSyariyyah
#masalahgangguan


Monday, October 16, 2017

DEFINISI FASDU


1. Sekarang kita akan melihat pula kepada definisi fasdu.
2. Hal ini sangat penting, kerana ada pihak yang jahil akan hal ini, konsep fasdu pun tidak jelas di mindanya, namun mereka bercakap tentang fasdu secara negatif.
3. Jadi, saya akan terangkan secara ringkas apa itu fasdu berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dalam bidang perubatan, yang mana pada tahun ini genaplah 10 tahun saya terlibat dalam bidang ini, Alhamdulillah.
4. Perkataan fasdu berasal daripada bahasa Arab. Fasdu ialah maṣdar (Kata Nama Kerja) bagi kalimah faṣada (فصد).
5. Secara literalnya menurut kamus Lisanul Arab, fasdu bererti “menebuk urat darah”.
6. Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, fasdu didefinisikan sebagai “buang darah”.
7. Ibnu Sina mentakrifkan fasdu melalui kitabnya Al-Qanun Fit Tibb seperti berikut;
“Fasdu ialah pengosongan umum (istifrāgh kulliyy) yang mengosongkan lebihan

.


Lebihan ialah pertambahan akhlāṭ(humor/cecair tubuh) yang melebihi [had] keseimbangannya dalam salur darah.”
8. Kesimpulannya, fasdu ialah proses penebukan salur darah yang bertujuan membersihkan tubuh daripada “darah toksik”.
9. Apa itu darah toksik? Darah toksik ialah darah yang boleh menyebabkan penyakit, atau boleh juga disebut sebagai “darah patogenik”.
10. Itu sahaja untuk kali ini. Kita akan teruskan dengan topik yang seterusnya selepas ini, insha-Allah

Hubungi;; Ust Shamsul 019-3687297