Solat beri kesempatan kepada umat Islam berpersatuan, lebih disiplin, cegah kemungkaran
ISLAM adalah agama proaktif menaja dan mempromosi perpaduan. Sejarah mencatatkan pembesar sahabat Nabi Muhammad SAW datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kita mengenali sahabat dekat Nabi daripada kalangan Quraisy seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan. Sahabat Bilal bin Rabbah bukan daripada golongan Quraisy yang ternama dan dihormati. Bahkan beliau hanya seorang hamba berkulit hitam, manakala Salman al-Farisi ialah pendatang dari Parsi.
Sahabat Abdullah bin Salam pula ialah seorang Yahudi yang ikhlas mencari kebenaran, akhirnya memperakui kenabian Nabi Muhammad. Abdullah bin Ummi Maktum pula lelaki yang buta matanya, namun hatinya celik untuk menerima hidayah Islam.Sejarah tamadun dunia mencatatkan agama Islam menyatukan manusia daripada pelbagai golongan, rupa paras, warna kulit dan kasta. Hanya Islam yang mampu menolak perbezaan berdasarkan kata Allah di dalam kitabnya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah, ialah orang yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat, ayat 13). Sahabat nabi tidak dikenal daripada asal keturunannya, sebaliknya mereka menonjol kerana iman dan takwanya.Banyak ibadah dalam Islam dilakukan secara bersama-sama yakni berjemaah. Antaranya termasuk ibadah haji di Makkah, solat Jumaat setiap minggu dan solat lima waktu berjemaah di masjid setiap hari.
Mekanisme ibadah secara berjemaah ini memberi kesempatan kepada umat Islam untuk berkomunikasi, saling berkenalan, saling berbincang, dan tolong-menolong antara mereka. Ibadah jemaah ini memberi manfaat dan faedah yang besar kepada umat Islam. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Dr Salih bin Ghanim Sadlan ialah membantu yang lemah, memberi pelajaran kepada orang yang jahil, melembutkan hati dan menampakkan kebesaran Islam.
Tegas beliau dalam buku yang diterjemahkan dengan tajuk Bimbingan Lengkap Solat Berjemaah: “Mengerjakan solat jemaah akan melahirkan persatuan, kasih sayang, persaudaraan antara sesama Muslim, akan menjadikan mereka satu barisan yang rapi dan kukuh, akan lahir di tengah mereka sifat dermawan dan kesepakatan hati. Ini sekali gus membimbing mereka untuk hidup teratur, disiplin dan selalu menjaga waktu”.
Kedudukan solat dalam Islam adalah wasilah yang paling ampuh dalam menghapuskan perbezaan status sosial antara kaum Muslimin, menghilangkan sikap fanatik terhadap warna kulit, suku bangsa dan tempat. Lelaki Islam diperintah untuk mengerjakan solat secara berjemaah di masjid. Imam Bukhari merekodkan satu hadis menjelaskan Nabi mengancam untuk membakar rumah orang yang enggan hadir solat jemaah di masjid.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan hadis ini dalam kitab syarahnya Fathul Bari: “Hadis ini jelas menunjukkan solat lima waktu berjemaah hukumnya fardu Ain. Sekiranya hanya sunnah tentunya Nabi tidak memberi ancaman yang keras kepada orang yang tertinggal, iaitu membakar rumah mereka.”
Perpecahan adalah bencana dan kemungkaran. Oleh itu solat yang benar berupaya untuk mencegah kemungkaran seperti yang dikatakan oleh Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al-Ankabut, ayat 45)
Tidak dapat dinafikan, belum semua umat Islam yang menunaikan solat secara berjemaah itu bersatu padu. Hati sebahagian mereka masih saling berselisih walaupun berada di belakang imam yang satu dan saf sama.
Solat sebahagian daripada umat Islam masih belum menepati cara solat Nabi seperti ditegaskan baginda. “Solatlah kamu seperti kamu lihat aku solat” (Hadis Bukhari dan Muslim). Sebahagian umat Islam menyelisihi perintah Nabi. Mereka solat bukan dengan melihat contoh Nabi, sebalik solat dengan melihat contoh orang lain atau melihat contoh guru atau syeikh semata-mata.
Satu perkara yang paling kritikal ditegaskan oleh Nabi ketika menunaikan solat ialah perihal saf. Sekali pandang persoalan saf solat nampak seperti remeh, namun nabi menyebutkan bencana yang besar akan menimpa umat Islam yang mencuaikan saf ketika solat.
Saf yang sempurna sebahagian daripada kesempurnaan solat. Saf yang bengkang-bengkok serta renggang melambangkan hati dan muafakat ahli jemaah. Ini dijelaskan oleh Nabi sendiri dalam banyak hadis. Sahabat Abdullah bin Mas’ud melaporkan daripada Nabi yang bermaksud: “Luruskanlah saf, janganlah kalian membengkokkan saf, nanti hati-hati kamu akan berselisih.” (Hadis Muslim)
Seorang lagi sahabat Nu’man bin Bashir melaporkan daripada Nabi yang bermaksud: “Luruskan saf kamu, demi Allah hendaklah kamu meluruskan saf kamu, atau Allah akan memalingkan wajah kamu.” (Hadis Bukhari & Muslim). Imam Nawawi pula menjelaskan maksud hadis ini: “Terjadinya permusuhan di antara kamu, perseteruan dan perselisihan, begitu juga dalam perkataanmu, ‘Ekspresi wajah si polan berubah terhadapaku, saya melihat dari raut wajahnya dia benci terhadapku, hati dan sikapnya berubah terhadapku”. Hal ini tidak lain berpunca dari tidak lurusnya saf solat mereka sedangkan ia sebagai bentuk dan simbol perbezaan mereka secara zahir. Perbezaan yang zahir ini menjadi sebab timbulnya perbezaan secara batin.” (Syarah Sahih Muslim).
Showing posts with label surat khabar. Show all posts
Showing posts with label surat khabar. Show all posts
Friday, November 26, 2010
Thursday, November 11, 2010
Boleh seimbang, kembangkan mental, jasmani, rohani pelajar
KARNIVAL kokurikulum diwujudkan bagi memperseimbangkan perkembangan mental dan jasmani serta rohani pelajar, kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO), Wan Mas Wan Idris. Selain itu, beliau berkata, karnival itu juga adalah memperkukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar. Katanya, karnival sehari yang disempurnakan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Datuk Anuar Sabtu itu juga adalah bagi menghargai sumbangan pelajar dalam bidang kokurikulum.
Seramai 200 pelajar menerima sijil penghargaan, pingat dan hamper pada karnival itu membabitkan pencapaian terbaik mereka dalam sukan, kelab persatuan dan badan beruniform termasuk mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa.
Selain penyampaian hadiah, Anuar turut merasmikan gelanggang futsal, surau dan bilik kuliah untuk pelajar tingkatan enam SMKDTHO.
Katanya, penghormatan itu diberikan kepada Anuar berikutan ATM banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi meningkatkan prasarana sekolah itu.
Antaranya, menaik taraf padang sekolah membabitkan peruntukan RM100,000’ surau (RM30,000); mengecat bahagian depan sekolah (RM20,000) dan peralatan dan kelengkapan sekolah (RM70,000).
Wan Mas berkata, peruntukan besar itu sudah tentu tidak dirasai sekolah lain yang bukan terletak dalam kawasan kem.
“Kami berharap, sumbangan ini bukan yang terakhir dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan khususnya anak anggota tentera.
“Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ATM, saya berharap pelajar menilai sumbangan ini dan sedia meningkatkan prestasi masing-masing sekali gus mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat akademik atau kokurikulum,” katanya.
Turut hadir Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Musa Omar yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDTHO.
Sementara itu, penerima anugerah, Hafizuddin Ramli, dia berbangga kerana menjadi sebahagian pelajar yang mengharumkan nama sekolah.
Hafizuddin pelajar tingkatan enam atas sekolah itu dipilih menerima anugerah itu berikutan mewakili SMKDTHO ke Perkhemahan Sukan Belia 2010 peringkat antarabangsa di Pekan, Pahang, baru-baru ini.
Katanya, pada perkhemahan itu, SMKTDO berjaya meraih tempat kedua dan peserta wanita sekolah itu dipilih penerima anugerah belia wanita terbaik 2010.
“Perkhemahan ini adalah program pertama membabitkan pelajar peringkat antarabangsa dan pelbagai pengalaman menarik saya peroleh,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)