Showing posts with label kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label kepimpinan. Show all posts

Monday, July 3, 2017

RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT

Assalamulaikum...

Untuk Makluman, bermula dr tarikh 3/7/2017 (SELASA)PUSAT TARAPI ALMUJAHID sudah mula kembali beroperasi seperti sediakala.T.kasih kepada yg sudi menunggu untuk mendapatkan rawatan dr kami.
~> Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan puan ke pusat rawatan kami, £nsyaallah Terbaik...😀😀😀

  🔵TERAPI ALMUJAHID🔵

 RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT

>》RAWATAN ISLAM (Semua Masalah Gangguan) / BEKAM (L/P) /AKUPUNTUR(L/P) / URUTAN TRADISIONAL / HOMEOPATI (Ubatan)/ PAKEJ UMRAH.

Waktu Rawatan: 9 pagi - 11 mlm (Setiap Hari)

Alamat Pusat Rawatan: No49,Jalan Kemboja 4a/5,Bukit Sentose Rawang.

Temu Janji Awal:
 Hubungi ::
🔹Ust Shamsul = 019-3687 297
🔹Nurul Anis = 0133844865

JELAJAH RAWATAN- RAWANG / BUKIT SENTOSE/ MK / SERENDAH / BATANGKALI / KUALA KUBU / PJ / AMPANG / SG BULUH / SELAYANG / KEPONG / DAMANSARA / TTDI / SG PENCHALA / KUALA LUMPUR / GOMBAK / KUALA SELANGOR / TANJUNG KARANG /SABAK BERNAM

https://m.facebook.com/TerapiAlMujahid/
jangan lupe follow dan share ye..  tq

ig { @rawatan_islam  @shamsul_mujahid }

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"
#PERAWAT PUSAT TARAPI ALMUJAHID

Saturday, February 12, 2011

khutbah jumaat-hari kekasih haram bagi semua umat islam-

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan parti buih.’

Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakejstimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), dibawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.”

Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut :

At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February.

Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Monday, February 7, 2011

Ahmad bin Muhammad bin Hambal


Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Gelaran yang diberi kepada ulama yang lahir di Baghdad pada tahun 164 Hijriyah ini adalah Abu Abdillah. Nama itu bersempena dengan nama salah seorang putera beliau yang bernama Abdullah.

Sejak remaja lagi, Ahmad bin Hambal telah hidup yatim.Ayahnya telah meninggal dunia pada usia 30 tahun, dan ayahnya juga seorang Datuk Bandar. Sejak saat itu, kehidupan keluarga Ahmad bin Hambal ini dalam keadaan yang sangat sederhana.

Ibu Ahmad bin Hambal sangat berkerja keras membesarkan anaknya supaya menjadi orang yang berilmu. Ia sengaja melahirkan dan membesarkan anaknya di Baghdad, bukan di bandar di mana suaminya pernah menjadi Datuk Bandar, dengan bertujuan untuk membiasakan puteranya menjadi dekat dengan para ulama dan jauh dari kehidupan glamor seperti kebiasaan anak-anak pembesar. Kegigihan dan keseriusan Ahmad Bin Hambal ketika muda dalam menuntut ilmu sangat luar biasa . Kerap kali, Ibu Ahmad bin Hambal mencadangkan anaknya agar berangkat mencari ilmu selepas azan Subuh. Tapi, sebelum azan Subuh, Ahmad bin Hambal sudah keluar rumah untuk bertemu dan belajar dari para ulama.

Banyak kota yang beliau datangi untuk menemui para ulama yang beliau jadikan sebagai guru, di antaranya, Kufah, Hijaz, Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Tsaghur, Maroko, Al-Jazair, Al-Faratin, Parsi, dan Khurasan.

Pernah pada satu ketika,Ahmad bin Hambal ingin belajar dari seorang ulama di Sana’ yang bernama Abdurrazaq. Sebelum ia berangkat ke Sana’,iaitu disebuah daerah di Yaman yang menempuh sekitar satu bulan perjalanan dari Baghdad, ia bertemu sang gurunya itu di Mekah dalam ibadah haji. Seorang teman beliau menasihatinya agar belajarnya di Mekah sahaja dan tidak perlu lagi ke rumah gurunya yang begitu jauh. Tapi, Ahmad bin Hambal tetap mahu berangkat ke rumah gurunya itu untuk mendapatkan ilmu.

Dalam sebuah perjalanan menuntut ilmu, ketika berada di sebuah rumah tempat ia menginap, semua barang bekalan Ahmad bin Hambal dicuri orang. Si pemilik rumah menceritakan itu ke Ahmad bin Hambal.Tapi, Ahmad tidak menanyakan soal barang-barangnya.Dia hanya bertanya, apakah buku catatannya masih ada?

Di rumah Abdurrazaq, Ahmad bin Hambal sudah kehabisan bekalan. Abdurrazaq menghadiahkan wang dirham yang cukup untuk bekalan ke tempat lain yang akan dituju Ahmad. Tapi, ia menolak. Ketika Abdurrazaq mengatakan bahawa wang itu sebagai pinjaman, Ahmad pun tetap menolak. Keesokannya, Abdurrazaq mendapati Ahmad bin Hambal mencari wang dengan berkerja. Imam Syafie yang hidup sezaman dengan Imam Ahmad bin Hambal sangat mengagumi ulama ini. Ia mengatakan, aku belum pernah menemukan seorang pemuda seperti Ahmad bin Hambal yang begitu alim dan thiqah.

Tidak kurang dari satu juta hadits telah dihafal Ahmad bin Hambal. Ia mendirikan sebuah sekolah yang bernama Al-Hanabilah. Setiap kali diadakan kelas pengajian,hampir lima ribu orang hadir untuk belajar apa yang disampaikan Imam Ahmad bin Hambal.

Selain soal keilmuan, orang mengenali Ahmad bin Hambal kerana kezuhudannya yang luar biasa. Rumahnya sangat sederhana, namun begitu,ramai orang yang ingin membantu untuk membaiki rumahnya yang dianggap sudah tidak lagi layak di diami itu.

Seorang pegawai berjawatan tinggi yang begitu menghormati beliau pernah menghadiahkan wang sebanyak 3000 dinar bertujuan sebagai bantuan untuk membaiki rumah dan biaya keperluan harian untuk keluarga Ahmad bin Hambal. Tetapi, Imam Ahmad bin Hambal menolak. Begitu juga ketika Khalifah Al-Mutawakkil memberinya wang bulanan sebanyak 4000 dirham untuk memenuhi keperluan Imam Ahmad dan keluarga. Wang itu ditolaknya.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, ”Wahai pak cik, berapa tahun lagi sisa umur kita? Kenapa kau lakukan ini? Sesungguhnya, anak-anak kami hanya makan bersama kami dalam masa yang sangat sebentar. Seandainya Allah membukakan tirai penglihatan manusia, maka ia akan tahu, mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka akan bersabar sebentar untuk mendapatkan balasan pahala yang panjang. Sesungguhnya, semua ini adalah fitnah.”

Ketika Ahmad bin Hambal menghadiri sebuah majlis pengajian, beberapa muridnya telah menyediakan karpet dan bantal untuk beliau duduk. Imam Ahmad bertanya, ”Kenapa kalian perlakukan aku seperti ini? Buangkan karpet dan bantal ini.” Dan, beliau lebih selesa untuk duduk di atas tanah seperti hadirin yang lain.

Imam Ahmad bin Hambal pernah tidak mahu masuk ke rumahnya. Hanya setelah dia tahu kalau anaknya yang bernama Abdullah tidak menerima wang bantuan dari pemerintah untuk membaiki rumah beliau. Begitu pun ketika beliau sakit. Ulama penulis kitab Al-Musnad ini tidak mahu menghirup bubur dari anaknya yang bernama Saleh, setelah ia tahu kalau anaknya tidak menerima wang bantuan dari pemerintah.

Allah swt. menguji ulama yang luar biasa ini dengan empat rejim pemerintah. Mereka adalah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid, Al-Mu’tashim bin Al-Makmun, Al-Watsiq, dan Al-Mutawakkil. (bersambung)

sultan muhammad al-fateh





Kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh dikatakan sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera?
Dari sudut ibadah - Selepas berjaya menawan Konstantinople, ketika solat Jumaat yang pertama ingin didirikan, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan kesemua tenteranya berdiri dan bertanya, "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu?" Tiada seorang pun di kalangan tenteranya yang duduk. "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib?" Separuh dari tenteranya duduk. "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud?" Kesemua tenteranya duduk melainkan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Sultan Murad II ialah seorang yang cukup baik agamanya. Baginda telah menghantar anaknya berguru dengan seorang syeikh yang hebat iaitu Syeikh Shamsuddin Al Wali. Di sini kita dapat lihat bahawa AGAMA membentuk karakter. Sultan Muhammad Al-Fateh ialah seorang yang hebat dari segi agamanya (ibadah) dan ilmunya. Baginda suka berbincang dengan para ulama' berkenaan ilmu-ilmu baru dan berbincang strategi perperangan dengan barisan panglima tenteranya. Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Saturday, December 11, 2010

Kanak-kanak indigo



Kanak-kanak indigo atau anak indigo, anak nila (Bahasa Inggeris: Indigo Children) ialah konsep Zaman Baru kanak-kanak yang terbaru lahir di dunia ini. Anak ini memiliki sifat yang unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Istilah indigo (biru nila) ini menunjukkan warna aura dalam warna kehidupan mereka. Indigo sendiri juga terkait dengan indera keenam yang terletak pada cakra mata ketiga yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam generasi ini melebihi kemampuan orang kebanyakan. Banyak dari mereka memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalami indigo ini mampu menunjukkan empati yang sangat dalam dan mudah merasa hiba, serta tampak bijaksana untuk anak seusianya.

Kanak-kanak indigo datang ke dunia dengan pelbagai misi. Kebanyakan daripada mereka merupakan pendobrak suatu susunan yang salah. Mereka bertugas meluruskan ketidakbenaran dan ketidaksamaan yang berlaku di sekelilingnya. Hal ini ditunjukkan dengan perilaku mereka yang tidak patuh dan kesulitan dalam menjalankan dengan sistem yang ada, misalnya saja penolakan dan sikap kaku terhadap system pendidikan yang ada.

Kanak-kanak indigo juga sering menunjukkan perilaku memberontak terhadap suatu pemerintahan, tidak patuh terhadap aturan atau adat, kesulitan dalam mengelola emosinya, sensitif atau rapuh. Tidak jarang pula anak menunjukkan sikap yang sangat dingin dan tidak punya perasaan. Terkadang orang akan melabel anak dengan indikasi gangguan ADD (attention deficit disorder). Bentuk perilaku tersebut terkadang menyebabkan kesulitan bagi anak-anak ini dalam melewati masa kanak-kanak, bahkan dalam melewati masa remaja (Chapman. 2006).

Menjadi indigo tidaklah mudah, tapi hal itu merupakan suatu tugas yang harus dijalankan. Kanak-kanak indigo merupakan salah satu orang yang hadir dan membawa hal yang baru terhadap suatu kemajuan di bumi ini.

Ciri-ciri

Berikut ini merupakan ciri khas kanak-kanak indigo:

  1. Mereka datang ke dunia dengan perasaan kerajaan (dan sering bertindak seperti itu).
  2. Mereka mempunyai perasaan "saya semestinya berada di sini," dan terkejut ketika orang lain tidak berfikir begitu.
  3. Harga diri bukanlah masalah besar bagi mereka. Mereka sering memberitahu orang tua "siapakah mereka."
  4. Mereka mempunyai kesusahan terhadap kuasa mutlak (kuasa tanpa penjelasan atau pilihan).
  5. Mereka tidak akan melakukan hal-hal tertentu. Contohnya, menunggu dalam barisan adalah sukar bagi mereka.
  6. Mereka berasa kecewa dengan sistem yang berorientasikan ritual dan tidak memerlukan pemikiran kreatif.
  7. Mereka sering melihat cara yang lebih baik dalam melakukan sesuatu, baik di rumah mahupun di sekolah, yang membuat mereka nampak seperti "system Busters" (tidak sesuai untuk sistem apapun).
  8. Mereka nampak antisosial kecuali jika mereka dengan jenis mereka sendiri. Jika tidak ada orang lain yang sama jenis di sekitar mereka, mereka sering berpaling ke dalam, berasa tiada orang lain memahami mereka. Sekolah sangat susah bagi sosial mereka.
  9. Mereka tidak akan menjawab kepada disiplin yang akan menjadi seseorang berasa bersalah, seperti "Tunggu sampai ayahmu pulang dan biar ayah melihat apa yang anda lakukan".
  10. Mereka tidak malu untuk membiarkan anda tahu apa yang dimahukan oleh mereka.

Dalam menangani kanak-kanak indigo ini yang perlu diperhatikan adalah bahawa mereka memiliki kesulitan dalam menguruskan emosinya. Pada beberapa anak hal ini disebabkan karena permasalahan kecemasan, kemungkinan perilaku obsesif kompulsif atau kepanikan yang berlebih (panic attack). Penyebab lain muncul kerana mereka berusaha keras untuk belajar dan memahami cara yang masih tradisional ataupun kebiasaan rutin. Sehingga tidak jarang bagi mereka akan memiliki harga diri yang rendah dan mudah menyerah dalam mengerjakan yang diberikan (tugas sekolah misalnya). Terkadang beberapa anak indigo menunjukkan reaksi kemarahan, depresi, bahkan menyakiti diri sendiri yang berlebih yang tidak dapat dijelaskan secara logik bahkan menakutkan bagi orangtuanya.

Kanak-kanak indigo memiliki getaran tenaga yang tinggi dengan pola yang menetap, yang kemudian ditunjukkan dengan aura warna indigo pada tubuhnya. Getaran tertinggi ini mencipta perbezaan terhadap fungsi tubuh dan otak pada anak indigo. Kebanyakan daripada mereka berfikir dengan menggunakan otak kanan. Saat stress anak kemudian mengembangkan tatacara dalam otak, yang bahaya di kalangan pemikiran logis dan muat berfikir rasional, sehingga muncul reaksi emosional yang berlebih. Ada pula anak yang menunjukkan dengan perilaku marah, kesedihan atau ketakutan yang mendalam bahkan kecemasan yang berlebih.

Memahami tenaga asas dan mampu mengamati keadaan tenaga pada saat Kanak-kanak indigo sedang tidak stabil sangatlah membantu bagi orang tua atau terapis, terutama saat bekerja sama dengan anak ini. Diperlukan adanya pemahaman dasar mengenai tenaga dengan mengajarkan pada mereka cara melindungi diri. Hal lain yang tidak kalah penting iaitu dengan mengajar anak indigo dan orang tuanya terhadap teknik dalam menyeimbangkan tenaga dan cara untuk mengurangkan tahap stress pada anak, sehingga anak tidak terpengaruh pada tenaga yang negatif.

cube kite sume fikirkan,

jike kite adlah manusia indigo,apakah matlamat kite slepas ni,di sebabkan sifat kite berlainan dari org,
dn susah mahu bdpan dgn situasi dunia skrg,dan ke manakah tujuan kte sebagai mnusie indigo?
apkah kpntgn kite sebenarnye?

cube bayangkan,bukankah seksa bile terasa diri terasing,selalu merasakan sesuatu tdk kena,tapi org lain tdk bersetuju,pastu kte trpakse memendam prasaan shje,dn rase ingin mnentang stiap mase apabila sesuatu itu tidak betul,rasa nak mmbela ketidakadilan dn menegakkan keadilan,
tapi bukankah penat kalau kte menegakkan sesuatu bersendirian,tnpe sokongan malah mndapat kritikan lagi..hem...

bukankah penat jike ini terus berulang dn berulang?xbosan ke?tapi nak buat mcam mana.
ssh untuk lari dari masyarakat,pnentangan sentiasa ada,nak xnak kne ikut cara biase.
tapi diri kite tdk boleh brpura-pura mnjadi sprti org lain,krn kte tahu sumthing is wrong.

so skrg nei ape nak buat????arrrhhhhgg.....

Wednesday, December 8, 2010

Teori Kepimpinan dan Politik Menurut Islam

TUJUAN:
1-mengabdikan diri kepada Allah.
2-menanbahbaik sistem pemerintahan.
3-mencari kebenaran yang hakiki.
4-membetukan kesalahan.
5-menyatupadukan masyarakat.
6-mengelakkan pengkhususan kuasa pemerintah kepada sesuatu pihak.
7-menjana idea baru untuk mengembangkan agama bangsa dan negara.

Pndangan sye:politik Malaysia
-terlalu banyak rusuhan yg berlaku berpunca drpada politik..penyebabnya masyarakat bermusuh antara satu sama lain,pnddk kampng sdah jarang bertanya khabar,masalah yg kecil dijadikan masalah yg besar..pendapat saya apa yang perlu ditekankan dalam aspek politik ini ialah satu cara untuk mencari penyelesaian yang terbaik dan mengelakkan perpecahan.prinsip yang perlu dipegang disini ialah setiap manusia ada melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut harus lah dimaafkan dan diperbetukan..Contohnya apabila pihak kerajaan melakukan kesalahan maka pembangkang haruslah memperbetulkannya,mnkala pihak kerajaan hruslah mnerima hakikat dan berfikiran terbuka.begitu juga sebaliknya..mngikut sjrah Malaysia,timbulnya pembangkang adalah disebabkan pihak kerajaan tidak mahu mendengar pendapat sesetangah pihak yg lain...sekian

ZAMAN NABI DAN SAHABAT:

Rasulullah serta sahabat buktikan urus kuasa ikut syariat cara terbaik tadbir negara

ETIKA politik Islam adalah sesuatu yang penting dalam membentuk pemerintahan dan negara kerana politik dipandang sebagai sebahagian daripada ibadah, maka perlu dilaksanakan berdasar prinsip ibadah.

Contohnya, dalam berpolitik mesti diniatkan kerana Allah dan oleh itu tidak boleh melanggar perintah dalam beribadah kerana pelanggaran terhadap prinsip ibadah boleh merosak kesucian politik.

Etika politik dipandang sangat perlu kerana berkait dengan prinsip Islam dalam mentadbir masyarakat dan negara. Politik sering menyangkut hubungan antara manusia, misalnya saling menghormati, menghargai hak orang lain dan tidak memaksa orang lain menerima pendapat sendiri.

Apabila hubungan masyarakat dan penyelenggaraan negara tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka yang akan muncul adalah kekacauan, tidak aman, anarki dan perkara yang menjadi kecaman masyarakat.

Walaupun memilih pemimpin adalah hak setiap individu atau warga negara namun, Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam sangat mementingkan suatu kepemimpinan yang berkesan dalam sebuah negara.

Bahkan selepas Nabi Muhammad SAW wafat, timbul persoalan politik berkaitan penggantian kepemimpinan. Mekanisme pemilihan pemimpin memang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW tidak memberikan pedoman khusus atau model kepemimpinan bagi umat Islam.

Selama beberapa tahun sepeninggalan Rasulullah SAW, umat Islam mengalami beberapa model kepemimpinan, antara lain bercorak khalifah dan dinasti.

Sekarang kekuatan politik semakin berkembang dan muncul bentuk negara seperti republik, aristokrasi dan kerajaan. Kekuatan politik itu didorong semangat teologi Islam yang menyebutkan: “Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan ulil amri (yang berkuasa) di antara kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)

Realiti politik dan ada semangat teologi Islam mendorong ahli falsafah serta etika politik Islam untuk membuat peraturan pemilihan seorang pemimpin pemerintahan yang membina negara ideal dalam beberapa karya.

Al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah, Ibnu Maskawih dalam Tahzib al-Akhlak dan al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah. Keadaan ini bermakna pemikir Islam menyedari betapa Islam memperhati dalam menciptakan dan mengembangkan negara sempurna.

Untuk merealisasikan tuntutan itu, umat Islam dihadapkan dengan beberapa pilihan sistem politik antara lain demokrasi. Ia adalah antara mekanisme memilih pemimpin dan diandaikan sebagai mekanisme unggul dan telus untuk memajukan bangsa serta negara pada masa depan.

Di samping itu, wujud pula politik jahiliah yang tidak menghiraukan kebenaran. Kebodohan dalam berpolitik sering terjadi misalnya dengan sogokan dan rasuah politik yang melanggar sistem demokrasi.

Tokoh politik memecat pihak yang tidak sependapat dengannya, atau tidak bermusyawarah dengan baik antara mereka sedangkan Islam mengajar sebaliknya. Fenomena itu wujud kerana manusia memiliki nafsu mementingkan diri apatah lagi politik berhubung kait dengan kuasa.

Justeru, sesuai dengan prinsip Islam, sebaiknya umat Islam saling menasihati dan menyedarkan sesama sendiri supaya demokrasi dapat diamal serta diteruskan dengan baik dan lancar.

Pada masa awal Islam, kita melihat ada kelompok Muhajirin dan Ansar yang bertentangan dalam pemilihan pemimpin selepas Nabi SAW wafat. Kewujudan mereka wajar dilihat sebagai satu hikmah.

Dalam keadaan itu, yang penting ialah bersikap bijaksana, toleransi dan tidak memandang parti atau golongan sendiri sebagai paling baik, benar dan telus, demi menjamin keutuhan rakyat dan negara keseluruhannya.

Ajaran Islam secara tegas menyatakan kepemimpinan adalah kesinambungan yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. Al-Quran banyak memberikan gambaran hubungan positif antara pemimpin yang baik dengan kesejahteraan masyarakat.

Keadaan ini dapat dilihat daripada Nabi Yusuf yang terkenal sebagai seorang dipercayai untuk memegang amanah mentadbir kewangan dan perekonomian negara.

Nabi Yusuf dengan bermodalkan kejujuran dan kecerdasannya berjaya menyelamatkan Mesir daripada krisis makanan dan ekonomi berpanjangan.

Demikian pula dengan kepemimpinan Rasulullah SAW yang mampu menciptakan revolusi peradaban, adalah kepemimpinan teladan yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah tamadun umat manusia.

Begitu pula kepemimpinan sahabat Baginda dan khalifah selepasnya dengan baik dapat membawa perubahan masyarakat dan negara yang padu dan mantap.

Prinsip kepemimpinan Islam yang memberi tumpuan kepada pembinaan negara yang maju, aman serta berteraskan kepada kejujuran dan keikhlasan wajar diwarisi serta diterjemahkan dalam dunia politik hari ini supaya kepemimpinan berjalan mengikut syariat

Ok..Aku Akan Cube.


MEMPERBAIKI DIRI:

1. sihat jasmani
2. akhlak mulia
3. berwawasan luas
4. mampu berdikari
5. ber'aqidah dengan betul
6. beribadah dengan betul
7. berdisiplin diri
8. bijak mengatur waktu
9. kemas dalam setiap urusan
10. bermanfaat kepada orang lain

Wednesday, November 17, 2010

Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah

Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:

“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:

“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: “Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.

Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?”
Umar bin Abdul Azz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.


Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.


Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah
SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar Al-Khatab.


Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.