Tuesday, November 5, 2013

Tahukah Kamu Kenapa Rasullulah Saw Berbekam?

Tahukah Kamu Kenapa Rasullulah Saw Berbekam?

==>> https://www.facebook.com/TerapiAlMujahid
Apakah itu Bekam?
Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah swt. 

Proses pengubatan bekam melibatkan tiga peringkat 

1- Penyedutan
2- Penyayatan
3- Pengeluaran darah 

Sejarah Bekam.
Penggunaan bekam pertam kali oleh manusi ialah pada zaman Nabi Luth as , kaum Nabi Luth as apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka . Mereka akan melempari kepala oran itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan. 

Kisah ini mensyariatkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara perubatan sejak zaman itu hingga zaman Rasullulah saw dan pada masa kini. 

Bekam Merupakan Perubatan Yang Dipakai Oleh Rasullulah Saw 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu,torehan alat bekam dan kay (bakar dengan api), Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' ". - Hadis Bukhari 

Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.

Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra' kan kecuali mereka (para malaikat) berkata : wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam" - HR Tarmizi & Baihaqi 

Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami bahawa bekam ini merupakan saru kaedah pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat. 

Maafaat & Kelebihan Bekam.
- Dapat mengamalkan sunnah Rasullulah saw dalam perubatan.
- Meningkatkan daya tubuh badan 
- Mencuci darah 
- Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan 
- Sangat berkesan mengatasi racun 
- Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah 
- Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
- Mengatasi gangguan tekanan darah
- Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden 

Bekam Adalah Sunnah Nabi S.A.W dan Merupakan Mukjizat Perubatan.

Sabda Rasullulah saw diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim : 
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sesuatu penyakit kecuali dia menciptakan ubat baginya .. diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui." 

Dari Jabir ra beliau berkata Rasullulah saw bersabda : 
"Setiap penyakit ada ubatnya , apabila ubat tepat mengenai penyakit maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah SWT." - Hadis Muslim

Dapat difahami daripada hadis tersebut bahawasanya berubat adalah merupakan sunnah Rasullulah saw.

Petikan : 
Majalah "At-Takwa" 
Cetusan Ilmiah Mukmin



Saturday, August 3, 2013


 assalamualikum aku ade cerita nak cite kat korang .
   
     Firstly aku nak cakap yang aku ingat lagi  masa mula-mula aku kenal dia dulu, time tu dia mintak tolong kat aku tampal gambar kat papan kenyataan kat asrama baisa lah dah kerje exco nak wat camne kan aku pon tolong lah dia aku ni jenis suke bergurau setiap kali aku buat lawak dia senyum muka dia comel, tak tipu. Time tu aku tak tahu nama dia lagi korang nak tahu macam ne aku tahu name dia aku curi-curi dengar kawan-kawan dia panggil dia ape maklum lah aku ni pemalu sikit .Start hari tu kita orang jadi kawan, dia add aku kat FACEBOOK mula-mula aku tak perasan pon tu dia , sebab aku main approve je, lepas tu dia tegur aku dia tanye aku " ko kenal aku x ? " pastu aku balas " kenal kot " dia balas " siape ?" aku balas " entah "dia balas "sabar jelah  ko ni ...ko tak kenal aku ke ? " aku balas " pendek " pastu dia kate "aku  pendek aku comel " ye kan je lah ..Mula  hari tu aku panggil dia pendek , walaupun aku panggil dia pendek dia senyum je. Lastly, walaupun aku dengan dia baru kenal aku dah anggap dia macam adik aku or kawan baik, sebab dia baik ,dia tak sombong. dia peramah dan lain -lain :) setakat tu je lah kot nanti bile-bile aku free aku text korang lagi bye ..

assalamualikum

Friday, June 21, 2013

Assalamualaikum!

DAULAT TUANKU!

Daulat adalah hak dan milik yang terkhusus untuk Allah sahaja - Quran 3:26, 7:54. Tuanku sama sekali tidak ada Daulat - Quran 4:53. Justeru ungkapan "Daulat Tuanku" adalah syirik yang amat besar serta yang jelas dan terang! 

Sesiapa yg mengagungkan ungkapan "Daulat Tuanku," atau setuju dan redha kepadanya, dia telah melakukan syirik yang amat besar serta yang jelas dan terang terhadap Allah swt! Ketahuilah bahawa syirik adalah dosa yang amat besar yg tidak akan diampuni Allah swt dan para pelaku syirik akan dihumban ke dalam neraka yg amat panas dan mereka akan hidup berkekalan dalam seksa yang amat pedih.

Jauhilah syirik dan oleh itu janganlah kita sekali-kali terima konsep “Daulat Tuanku” kerana itu adalah syirik yang amat besar serta yang jelas dan terang. Nauzubillahiminzalik!

Sekian, terima kasih.