Monday, February 7, 2011

Ahmad bin Muhammad bin Hambal


Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Gelaran yang diberi kepada ulama yang lahir di Baghdad pada tahun 164 Hijriyah ini adalah Abu Abdillah. Nama itu bersempena dengan nama salah seorang putera beliau yang bernama Abdullah.

Sejak remaja lagi, Ahmad bin Hambal telah hidup yatim.Ayahnya telah meninggal dunia pada usia 30 tahun, dan ayahnya juga seorang Datuk Bandar. Sejak saat itu, kehidupan keluarga Ahmad bin Hambal ini dalam keadaan yang sangat sederhana.

Ibu Ahmad bin Hambal sangat berkerja keras membesarkan anaknya supaya menjadi orang yang berilmu. Ia sengaja melahirkan dan membesarkan anaknya di Baghdad, bukan di bandar di mana suaminya pernah menjadi Datuk Bandar, dengan bertujuan untuk membiasakan puteranya menjadi dekat dengan para ulama dan jauh dari kehidupan glamor seperti kebiasaan anak-anak pembesar. Kegigihan dan keseriusan Ahmad Bin Hambal ketika muda dalam menuntut ilmu sangat luar biasa . Kerap kali, Ibu Ahmad bin Hambal mencadangkan anaknya agar berangkat mencari ilmu selepas azan Subuh. Tapi, sebelum azan Subuh, Ahmad bin Hambal sudah keluar rumah untuk bertemu dan belajar dari para ulama.

Banyak kota yang beliau datangi untuk menemui para ulama yang beliau jadikan sebagai guru, di antaranya, Kufah, Hijaz, Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Tsaghur, Maroko, Al-Jazair, Al-Faratin, Parsi, dan Khurasan.

Pernah pada satu ketika,Ahmad bin Hambal ingin belajar dari seorang ulama di Sana’ yang bernama Abdurrazaq. Sebelum ia berangkat ke Sana’,iaitu disebuah daerah di Yaman yang menempuh sekitar satu bulan perjalanan dari Baghdad, ia bertemu sang gurunya itu di Mekah dalam ibadah haji. Seorang teman beliau menasihatinya agar belajarnya di Mekah sahaja dan tidak perlu lagi ke rumah gurunya yang begitu jauh. Tapi, Ahmad bin Hambal tetap mahu berangkat ke rumah gurunya itu untuk mendapatkan ilmu.

Dalam sebuah perjalanan menuntut ilmu, ketika berada di sebuah rumah tempat ia menginap, semua barang bekalan Ahmad bin Hambal dicuri orang. Si pemilik rumah menceritakan itu ke Ahmad bin Hambal.Tapi, Ahmad tidak menanyakan soal barang-barangnya.Dia hanya bertanya, apakah buku catatannya masih ada?

Di rumah Abdurrazaq, Ahmad bin Hambal sudah kehabisan bekalan. Abdurrazaq menghadiahkan wang dirham yang cukup untuk bekalan ke tempat lain yang akan dituju Ahmad. Tapi, ia menolak. Ketika Abdurrazaq mengatakan bahawa wang itu sebagai pinjaman, Ahmad pun tetap menolak. Keesokannya, Abdurrazaq mendapati Ahmad bin Hambal mencari wang dengan berkerja. Imam Syafie yang hidup sezaman dengan Imam Ahmad bin Hambal sangat mengagumi ulama ini. Ia mengatakan, aku belum pernah menemukan seorang pemuda seperti Ahmad bin Hambal yang begitu alim dan thiqah.

Tidak kurang dari satu juta hadits telah dihafal Ahmad bin Hambal. Ia mendirikan sebuah sekolah yang bernama Al-Hanabilah. Setiap kali diadakan kelas pengajian,hampir lima ribu orang hadir untuk belajar apa yang disampaikan Imam Ahmad bin Hambal.

Selain soal keilmuan, orang mengenali Ahmad bin Hambal kerana kezuhudannya yang luar biasa. Rumahnya sangat sederhana, namun begitu,ramai orang yang ingin membantu untuk membaiki rumahnya yang dianggap sudah tidak lagi layak di diami itu.

Seorang pegawai berjawatan tinggi yang begitu menghormati beliau pernah menghadiahkan wang sebanyak 3000 dinar bertujuan sebagai bantuan untuk membaiki rumah dan biaya keperluan harian untuk keluarga Ahmad bin Hambal. Tetapi, Imam Ahmad bin Hambal menolak. Begitu juga ketika Khalifah Al-Mutawakkil memberinya wang bulanan sebanyak 4000 dirham untuk memenuhi keperluan Imam Ahmad dan keluarga. Wang itu ditolaknya.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, ”Wahai pak cik, berapa tahun lagi sisa umur kita? Kenapa kau lakukan ini? Sesungguhnya, anak-anak kami hanya makan bersama kami dalam masa yang sangat sebentar. Seandainya Allah membukakan tirai penglihatan manusia, maka ia akan tahu, mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka akan bersabar sebentar untuk mendapatkan balasan pahala yang panjang. Sesungguhnya, semua ini adalah fitnah.”

Ketika Ahmad bin Hambal menghadiri sebuah majlis pengajian, beberapa muridnya telah menyediakan karpet dan bantal untuk beliau duduk. Imam Ahmad bertanya, ”Kenapa kalian perlakukan aku seperti ini? Buangkan karpet dan bantal ini.” Dan, beliau lebih selesa untuk duduk di atas tanah seperti hadirin yang lain.

Imam Ahmad bin Hambal pernah tidak mahu masuk ke rumahnya. Hanya setelah dia tahu kalau anaknya yang bernama Abdullah tidak menerima wang bantuan dari pemerintah untuk membaiki rumah beliau. Begitu pun ketika beliau sakit. Ulama penulis kitab Al-Musnad ini tidak mahu menghirup bubur dari anaknya yang bernama Saleh, setelah ia tahu kalau anaknya tidak menerima wang bantuan dari pemerintah.

Allah swt. menguji ulama yang luar biasa ini dengan empat rejim pemerintah. Mereka adalah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid, Al-Mu’tashim bin Al-Makmun, Al-Watsiq, dan Al-Mutawakkil. (bersambung)

sultan muhammad al-fateh





Kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh dikatakan sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera?
Dari sudut ibadah - Selepas berjaya menawan Konstantinople, ketika solat Jumaat yang pertama ingin didirikan, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan kesemua tenteranya berdiri dan bertanya, "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu?" Tiada seorang pun di kalangan tenteranya yang duduk. "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib?" Separuh dari tenteranya duduk. "Siapa yang sejak baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud?" Kesemua tenteranya duduk melainkan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Sultan Murad II ialah seorang yang cukup baik agamanya. Baginda telah menghantar anaknya berguru dengan seorang syeikh yang hebat iaitu Syeikh Shamsuddin Al Wali. Di sini kita dapat lihat bahawa AGAMA membentuk karakter. Sultan Muhammad Al-Fateh ialah seorang yang hebat dari segi agamanya (ibadah) dan ilmunya. Baginda suka berbincang dengan para ulama' berkenaan ilmu-ilmu baru dan berbincang strategi perperangan dengan barisan panglima tenteranya. Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Pesanan nabi..

Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.