Thursday, November 11, 2010

HINDARI 3 PERKARA...



Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya."

Boleh seimbang, kembangkan mental, jasmani, rohani pelajar

KARNIVAL kokurikulum diwujudkan bagi memperseimbangkan perkembangan mental dan jasmani serta rohani pelajar, kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO), Wan Mas Wan Idris.
Selain itu, beliau berkata, karnival itu juga adalah memperkukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar.
Katanya, karnival sehari yang disempurnakan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Datuk Anuar Sabtu itu juga adalah bagi menghargai sumbangan pelajar dalam bidang kokurikulum.

Seramai 200 pelajar menerima sijil penghargaan, pingat dan hamper pada karnival itu membabitkan pencapaian terbaik mereka dalam sukan, kelab persatuan dan badan beruniform termasuk mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa.

Selain penyampaian hadiah, Anuar turut merasmikan gelanggang futsal, surau dan bilik kuliah untuk pelajar tingkatan enam SMKDTHO.

Katanya, penghormatan itu diberikan kepada Anuar berikutan ATM banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi meningkatkan prasarana sekolah itu.
Antaranya, menaik taraf padang sekolah membabitkan peruntukan RM100,000’ surau (RM30,000); mengecat bahagian depan sekolah (RM20,000) dan peralatan dan kelengkapan sekolah (RM70,000).

Wan Mas berkata, peruntukan besar itu sudah tentu tidak dirasai sekolah lain yang bukan terletak dalam kawasan kem.

“Kami berharap, sumbangan ini bukan yang terakhir dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan khususnya anak anggota tentera.

“Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ATM, saya berharap pelajar menilai sumbangan ini dan sedia meningkatkan prestasi masing-masing sekali gus mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat akademik atau kokurikulum,” katanya.

Turut hadir Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Musa Omar yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDTHO.

Sementara itu, penerima anugerah, Hafizuddin Ramli, dia berbangga kerana menjadi sebahagian pelajar yang mengharumkan nama sekolah.

Hafizuddin pelajar tingkatan enam atas sekolah itu dipilih menerima anugerah itu berikutan mewakili SMKDTHO ke Perkhemahan Sukan Belia 2010 peringkat antarabangsa di Pekan, Pahang, baru-baru ini.

Katanya, pada perkhemahan itu, SMKTDO berjaya meraih tempat kedua dan peserta wanita sekolah itu dipilih penerima anugerah belia wanita terbaik 2010.

“Perkhemahan ini adalah program pertama membabitkan pelajar peringkat antarabangsa dan pelbagai pengalaman menarik saya peroleh,” katanya.

KATA-KATA NASIHAT PARA SAHABAT (R.A)



Muaz bin Jabal (r.a) : “Tidak ada seorang hamba yang mengadap Allah pada hari kiamat yang tidak akan menggerakkan tapak kakinya sehingga ia ditanya 4 perkara:
1. Bagaimana tubuhnya digunakan.
2. Bagaimana ia menghabiskan umurnya.
3. Bagaimana ia mengamalkan ilmunya.
4. Bagaimana ia mendapat dan membelanjakan hartanya.

Uwais Al-Qarni (r.a) : “Andaikata engkau beribadah kepada Allah sebanyak ibadahnya penghuni langit dan bumi, maka tidak akan diterima ibadahmu, sebelum engkau percaya kepada Allah dan jaminanNya.”

Ibnu Mas'ud (r.a) : “Sebaik-sebaik kaya ialah hati. Sebaik-sebaik bekal ialah takwa. Seburuk-buruk buta ialah buta hati. Sebesar-besar dosa ialah dusta. Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba. Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim. Siapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah dan siapa yang mengampuni orang akan diampuni Allah.”

Syaddad bin Aus (r.a) : “Mati itu huru-hara terburuk di dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Jika mayat itu dibangkitkan dari kubur lalu ia menerangkan kepada penduduk dunia tentang kematian, nescaya mereka tidak mengejar kenikmatan dalam kehidupan dan tidak berleka-leka dengan banyak tidur.”

(Dipetik dari: ‘Himpunan Nasihat Tokoh2 Islam Sedunia’ (Zabidi H. Nawawi, Pustaka Muda, Ipoh)